SOLAT HAJAT SEMPENA MINGGU PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) 2016


Bersemperna MINGGU PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) 2016 Surau Ar-Rahman telah dijadikan tempat calon PT3 untuk menunaikan solat sunat Dhuha dan Hajat pada tanggal 10 Oktober yang lalu. Berikut merupakan gambar-gambar yang telah dirakam melalui lensa kamera Brigade Bestari SMK Tunku Abdul Rahman
































PELANCARAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) DAN PROGRAM AWAL MUHARRAM 1438H


Pada 4 Oktober 2016 yang lalu, pihak sekolah khususnya Bahagian Hal Ehwal Murid telah melancarkan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) bertempat di Dataran Laila Taib SMK Tunku Abdul Rahman. Berikut merupakan gambar-gambar yang telah dirakam melalui lensa kamera Brigade Bestari SMK Tunku Abdul Rahman










KOMUNIKASI YANG BAIK

KOMUNIKASI YANG BAIK

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW apabila bercakap sesuatu percakapan yang baik Baginda akan mengulanginya sebanyak tiga kali sehingga percakapan itu dapat difahami. Apabila Baginda pergi menemui satu-satu kaum, Baginda memberi salam kepada mereka sebanyak tiga kali.
Huraian Hadith: 
  1. Peringatan kepada guru dan pengajar supaya mengambilkira dan menilai keadaan pelajar jika mereka kurang faham atau lambat faham hendaklah diulangi penyampaian supaya mereka faham. Sebanyak-banyak ulangan ialah tiga kali.
  2. Percakapan yang terang dan mengunakan perkataan yang baik semasa menjelaskan sesuatu perkara adalah di anjur dalam Islam.
  3. Islam menggalakkan seseorang supaya mengulangi sesuatu perkataan yang baik sehingga tiga kali bagi sesuatu perkataan yang diucapkan agar ianya dapat difahami dengan jelas oleh orang yang mendengar.

KEPENTINGAN ILMU


Daripada Muawiyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah memperolehi kebaikan Allah menjadikannya pandai dalam hal keagamaan”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Antara nikmat kurniaan Allah terhadap manusia ialah memperolehi ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan agama.
  2. Orang yang mendapat kebaikan dan petunjuk daripada Allah SWT ialah mereka yang dapat mendalami ilmu agama dan beramal dengannya.
  3. Ilmu adalah suatu nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah ke atas sesiapa yang dikehendaki.

AKHLAK YANG MULIA

AKHLAK YANG MULIA

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda, “Sesungguhnya di antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling mulia akhlaknya.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah SAW memiliki akhlak mulia terpelihara daripada sifat-sifat keji dan daripada melakukan perbuatan keji.
  2. Orang-orang yang berakhlak mulia adalah orang yang terpilih di sisi Allah dan Rasul serta diberi darjat yang istimewa di dalam Syurga.
  3. Hadith ini menggalakkan seseorang supaya sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-sifat yang keji, dan berusaha memperbaiki diri serta menambah dan membekalkan diri dengan sifat-sifat mulia dari semasa ke semasa.


TUNTUTLAH ILMU


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
 
(Hadith Riwayat Muslim)
 
 
Huraian Hadith : 
  1. Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.
  2. Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
  3. Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.


10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA

10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.
Kesepuluh: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan