DIRIWAYATKAN,
sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada
umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau
yang yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak
kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal ,
mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk
mati dan berasa cinta kepada Allah.
Ketiga: Hak
kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang
yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak
kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan
kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung
kesulitan.
Keenam: Hak
kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) –
membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan
suka berjemaah.
Ketujuh: Hak
kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada
Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika
terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan: Hak
kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada
Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak
Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing
dalam mencari kelebihan daripada Allah.
Kesepuluh: Hak
kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia
daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
4 Komentar
wahhhhhhh.... artikel yang baik.... tq!
Balaswahhhhhhh.... artikel yang baik.... tq!
Balasyessss, very. very...very...very...very...helped!!! xoxo ;)
BalasSama sama :) semoga bermanfaat
Balas