Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW apabila bercakap
sesuatu percakapan yang baik Baginda akan mengulanginya sebanyak tiga
kali sehingga percakapan itu dapat difahami. Apabila Baginda pergi
menemui satu-satu kaum, Baginda memberi salam kepada mereka sebanyak
tiga kali.
Huraian Hadith:
- Peringatan kepada guru dan pengajar supaya mengambilkira dan menilai keadaan pelajar jika mereka kurang faham atau lambat faham hendaklah diulangi penyampaian supaya mereka faham. Sebanyak-banyak ulangan ialah tiga kali.
- Percakapan yang terang dan mengunakan perkataan yang baik semasa menjelaskan sesuatu perkara adalah di anjur dalam Islam.
- Islam menggalakkan seseorang supaya mengulangi sesuatu perkataan yang baik sehingga tiga kali bagi sesuatu perkataan yang diucapkan agar ianya dapat difahami dengan jelas oleh orang yang mendengar.
0 Komentar