PELANCARAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) DAN PROGRAM AWAL MUHARRAM 1438H
Pada 4 Oktober 2016 yang lalu, pihak sekolah khususnya Bahagian Hal Ehwal Murid telah melancarkan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) bertempat di Dataran Laila Taib SMK Tunku Abdul Rahman. Berikut merupakan gambar-gambar yang telah dirakam melalui lensa kamera Brigade Bestari SMK Tunku Abdul Rahman
KOMUNIKASI YANG BAIK
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW apabila bercakap
sesuatu percakapan yang baik Baginda akan mengulanginya sebanyak tiga
kali sehingga percakapan itu dapat difahami. Apabila Baginda pergi
menemui satu-satu kaum, Baginda memberi salam kepada mereka sebanyak
tiga kali.
Huraian Hadith:
- Peringatan kepada guru dan pengajar supaya mengambilkira dan menilai keadaan pelajar jika mereka kurang faham atau lambat faham hendaklah diulangi penyampaian supaya mereka faham. Sebanyak-banyak ulangan ialah tiga kali.
- Percakapan yang terang dan mengunakan perkataan yang baik semasa menjelaskan sesuatu perkara adalah di anjur dalam Islam.
- Islam menggalakkan seseorang supaya mengulangi sesuatu perkataan yang baik sehingga tiga kali bagi sesuatu perkataan yang diucapkan agar ianya dapat difahami dengan jelas oleh orang yang mendengar.
KEPENTINGAN ILMU
Daripada Muawiyah RA katanya, Rasulullah SAW
bersabda, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah memperolehi kebaikan
Allah menjadikannya pandai dalam hal keagamaan”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
- Antara nikmat kurniaan Allah terhadap manusia ialah memperolehi ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan agama.
- Orang yang mendapat kebaikan dan petunjuk daripada Allah SWT ialah mereka yang dapat mendalami ilmu agama dan beramal dengannya.
- Ilmu adalah suatu nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah ke atas sesiapa yang dikehendaki.
AKHLAK YANG MULIA
Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya,
tidaklah Rasulullah SAW seorang yang bersifat keji, dan tidak pernah
melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda, “Sesungguhnya di
antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling
mulia akhlaknya.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
- Rasulullah SAW memiliki akhlak mulia terpelihara daripada sifat-sifat keji dan daripada melakukan perbuatan keji.
- Orang-orang yang berakhlak mulia adalah orang yang terpilih di sisi Allah dan Rasul serta diberi darjat yang istimewa di dalam Syurga.
- Hadith ini menggalakkan seseorang supaya sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-sifat yang keji, dan berusaha memperbaiki diri serta menambah dan membekalkan diri dengan sifat-sifat mulia dari semasa ke semasa.
TUNTUTLAH ILMU
Daripada Abu
Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh
satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan
baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith :
- Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.
- Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
- Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.
10 WASIAT IMAM SYAFIE KEPADA MURIDNYA
DIRIWAYATKAN,
sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada
umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau
yang yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak
kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal ,
mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk
mati dan berasa cinta kepada Allah.
Ketiga: Hak
kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang
yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak
kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan
kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung
kesulitan.
Keenam: Hak
kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) –
membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan
suka berjemaah.
Ketujuh: Hak
kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada
Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika
terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan: Hak
kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada
Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak
Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing
dalam mencari kelebihan daripada Allah.
Kesepuluh: Hak
kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia
daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan
Subscribe to:
Posts (Atom)